Tuesday 10 September 2013

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN

Assalamualaikum kawan-kawan,

Mesti ramai tertanya-tanya an apa benda la teknologi makanan bagai ni kan. ha mesti korang pikir pasal masak-masak? Oh no no no no, tidak sama sekali okey tak berkaitan pun dengan masak memasak ye adik-adik dan akak-akak sekalian. Ramai salah faham yang diploma ni pasal masak-masak. Oh please la, that one is culinary ok? :D

Baiklah untuk pengetahuan semua, kursus Diploma Teknologi Makanan (AS116) ni berada ni bawah Fakulti Sains Gunaan/Applied Science (AS) ada di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Program ni ambil masa 3 tahun. Standard la kan diploma? Apa yang best pasal kursus ni, berita baik buat adik-adik yang suka bidang R&D atau kimia, kalau dalam pilihan UPU ada kursus ni maka anda berada dalam landasan yang tepat. Jom scroll syllabus yang akan kita pelajari sepanjang 
3 tahun di UiTM nie!




Semester 1 :
National Kesatria I
Consolidating Language Skill a.k.a English
Fundamental of Islam a.k.a Agama + Sejarah
Pre Calculus
Basic Chemistry
General Biology
Fundamental Of Physics.

Semester 2 :
National Kesatria II
Preparatory of MUET
Islamic Thought and Civilization
Calculus 1
Biochemistry
Organic Chemistry
General Microbiology



Semester 3 :
National Kesatria III
Basic Analytical Chemistry
Computer and Information Processing
Science & Technology in Islam
Principle Food Engineering
Basic Nutrition
Basic Food Microbiology
English for academic Purpose



Semester 4 :
Computer&Information Processing
Food Hygiene and Legislation
Introduction to Food Chemistry
Principles of Food Preservation
Introduction to Unit Operation



Semester 5 :
Basic Entrepreneurship
Food Processing
Food Analysis
Basic Nutrition
Sensory Evaluation & Food Product Development


Semester 6 :
Practical Training


Best kan? Hehehe. Calculus?  subjek nie best sangat sebab saya minat calculation..Pendapat saya Calculus lagi senang dari Pre Calculus. Maklum la semester satu, nerd sikit. Apa pun tak tau. Subjek bio huhu menghafal sangat bosan tapi pasti boleh...hahaNational Kesatria tu sebenarnya kokurikulum. Setiap hari rabu atau khamis pukul 5pm hingga 7pm. Nanti masa Minggu Destini Siswa atau dalam bahasa sekolah 'orientasi' akan didedahkan tentang kokurikulum nie apa yang nak ambil. Ada 4 pilihan iaitu Badan Pertolongan Cemas, Pertahanan Awam, Kesatria Kembara dan Kesatria Negara. Stay tuned for that! :D

Yang bestnya kursus ni ada practical training. Boleh la pilih nak praktikal kt mana nanti. Nestle, Cadbury, Yakult you name it even kt lapangan terbang dan hospital pun boleh. Insyaallah dapat. Kalau result outstanding boleh la ke luar negara. Yahoooo.... :D

Peluang pekerjaan kalau ambil program ni, sangatlah luas. Boleh pilih nak kerja kat hospital atau kilang. Kalau kat hospital boleh jadi dietician. Makanan para pesakit kita yang tentukan. Best giler kan? Kalau kerja kat kilang-kilang makanan lagi best. Kita yang akan bertanggungjawab dalam mengekalkan kualiti makanan, method yang sesuai untuk sanitation sesuatu makanan tu, cipta produk makanan baru dan sebagainya lah! Sounds so great kan? :D Best giler woooo....Silap hari bulan gemuk laa law keje asik makan jew....hehe
Karier kita pun boleh menuju ke arah Islamik kalau kita libatkan diri dalam Islamic Food Law or Regulation.. nie lg Daebak! leh taw makanan halal ngan haram dalam islam..huhu... 

Lain-lain karier adalah seperti berikut :
  1. Food Technologies
  2. Food Microbiologist
  3. Food Analyst
  4. Food Chemist
  5. Food Quality Control Officer
  6. Food Safety Officer
  7. Nutritionist, Research Officer
  8. Halal Food Enforcement Officer
  9. Quality Assurance Executive
  10. Food Law Practicioner
  11. Entrepreneur, Research and Development Executive
  12. Production and Food Marketing Executive.

For more information, you can visit UiTM Di Hatiku .. hehe terbaik...

Haa sekarang korang tahu an banyak peluang pekerjaan jangan risau la selagi manusia hidup dan perlukan makanan selagi itu laa food technologist nie ad kerja, so jangan risau lepas belaja xada jerja atau kerja tanam anggur a.k.a mengganggur...haha :D

HAA TAKE NOTE  OKEY PENTING BANGAT NIE..haha course food technology ni bukan course reject, course cikai ke ape ye.. sebab ramai tak dapat pendedahan tentang course ni so orang ingat course untuk budak2 kureng pandai lah..oh hell no definitely not! ni antara course science kelas B okey sama juga dengan engineering. In food technology we learn physics,math,science,engineering,even business! so org yg ambik food tech ni hebat la kan...tak gitu...??? :D

Ok lah sampai sini jew nak cerita. Food technology the best...DEABAK! But overall, manjadda wajada. Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya! Jjang!
WE ARE NOT CHEF BUT WE ARE SCIENTIST..... :D
NO FOOD NO LIFE.... :P

p/s: I am now a Food Technology student in UiTM Beting, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

Sunday 8 September 2013

Universiti Ku..


Assalamualaikum…

Hai..ha nak cerita sikit nie saya telah berjaya menyambung pelajaran di peringkat Diploma Teknologi Makanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah.. gembira tidak terkata lebih-lebih lagi apabila melihat wajah ayahda tercinta yang teruja apabila mendapat tahu anaknya ini dapat melanjutkan pelajarannya di UiTM.. UiTM Kuala Pilah  Kampus Beting merupakan tempat pengajian saya.. jaraknya dari rumah saya tidaklah begitu jauh hanya mengambil masa lebih kurang satu jam lima belas minit sahaja..mudah la untuk saya pulang ke rumah pada cuti hujung minggu.. saya belajar di UiTM ini,dalam masa tiga tahun pasti banyak dugaan yang bakal saya tempuh tapi..... saya yakin dengan izin-Nya pasti saya akan berjaya..ameen..di UiTM saya ditempatkan di kolej kediaman Sri Menanati 3..disini lah tempat saya makan,tido, study dan macam-macam lagi la..di sini juga bermula perkenalan saya dengan rakan-rakan serta roommate yang tersayang sehingga kini kekal bersama didalam rumah dan bilik yang sama, begitu juga housemate yang lain, perkenalan dari sermesta satu sehingga kini menjadikan hubungan kami semakin erat walaupun kami dari program diploma yang berbeza..



Housemate saya yang sentiasa disisi
Eka, Hana dan Noor....
 
Roomate saya Hana Lavender
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KUALA PILAH KAMPUS BETING

Ha.....nie la kampus tempat saya belajar....